Thursday, August 4, 2011

Family Comes Here



hey peep XD
as promised,, masa post pasal Running Man,, nak story pasal satu lagi game show yang tengah hot jugak la kan kat channel 393 tu... mana x hotnya sampai ku tunggu ke 3 pagi pon... huhu...

here we go!!! haha... kalo kat channel 393 dipanggil Family Comes Here... tapi kalau ikutkan nama sebenar dia Family Outing... kalau nak tengok kat youtube... carilah Family Outing ye... barulah anda akan jumpa ye kawan2... =)

kalau ada siapa2 yang nak take part tengok show nih,, bolehlah menunggu di depan tv setiap hari selasa pukul 6.30 dan ulangan pada pukul 1.00 pagi dan esoknya pukul 11.55 pagi... senang citer sama je ngan running man,, cuma beza hari je ye kawan...


family members....

before citer lebih lanjut... mari kita berkenalan dulu ye... owh kire ice breaking ok =)




1st adalah Yu Jae-Suk... macam dalam Running Man jugak, dia nih kira main host untuk show nih jugak.. dalam game show nih dia digelar "Grasshopper". tugas utama selain jadi main host, die juga ditugaskan untuk sampaikam maklumat kepada semua peserta yang lain mengenai lawatan keluarga setiap minggu. selain itu, dia jugak ditugaskan untuk kejutkan semua peserta pada waktu pagi. banyak kan tugas dia... kiranya dia sangatlah bertanggungjawab dalam game show nih... yang paling kelakar dia digelar adik beradik 'Dungu' bersama dengan Dae-sung.




2nd is Lee Hyo-Ri.. dialah "Bidadari" dalam show ini kerana dialah satu2nya ahli wanita tunggal selain daripada tetamu jemputan. dalam show nih kalo korang nak tao dia seolah2 orang kuat no.2 selepas Jae-suk. sebab tu lah dia dipanggil 'female mater' of the show. yang pasti dalam show nih org yang paling dimusuhinya adalah Kim Jong-kook!!! seperti anjing dan kucing!!! *_*




Yong Jong-Shin. Si tua dalam game show nih. muka nampak kelakar kan. tapi kalau korang nak tao. dia nih salah seorang komposer yang terkenal jugak ok. xpadan dengan muka kelakar ok.





Kim Su-Ro. Dia noh pon dah agak tua sebenarnya. seangkatan la dengan Jong-shin kalau nak ikotkan... hahaha... tapi dia nih agak hebat sebab selalu je menang dalam setiap game. sebab tu die digelar "Raja Permainan".



Siapa peminat BigBang pasti kenal dia nih kan??? kan3.... heee... Kang Dae-Sung nih merupakan ahli yang paling muda. dia apa kurang kelakarnya... even dia muda dari ahli yang lain,, tetapi disebabkan 'kedunguan' die bersama Jae-suk tulah yang menyebabkan show nih agak kelakar. sebab tu diorg digelar adik beradik dungu. dia juga digelar adik-beradik mata sepet kepada Jong-kook.




Park Hae-Jin. watak dia dalam game show nih agak tenggelam timbul. means x menyerlah sangat la kan. boleh dikatakan dia agak pendiam dan lemah dalam game. tapi dia diam2 ubi berisi ok.. sebab dia pandai memasak. well family dia ada restaurant. so part memasak memang dia sangat berguna!!!



last but not least, ooh pujaan saya!! Kim Jong-kook. seperti biasa dia sangat la gagah kan.. ITU yang korang perlu tao... keistimewaan dia biarlah aku tao sorang!!! hahahahaah... ^_^




ok before this actually da ada 3 ahli yang tinggalkan game show due to personal reasons. tapi diorang ade buat 'Come Back' masa last episod for season 1. 


Lee Chun-Hee
Park Ye-Jin
Park Si-Yeon. Watak dalam 'My Girl'. =)

wah nampak macam dah panjang la entry nih. tapi belum start citer lagi... haih -__- .


baik mari mulakan!!!


 family comes here nih game show yang bersifat kekeluargaan. konsep dia lawatan keluarga sebab every week diorang yang melawat ke sebuah rumah di kampung yang berlainan. untuk masa sua hari tuan rumah yang terdiri dari golongan warga emas lah selalunya, diorang diberi peluang untuk bercuti ke luar dari kampung tu. at the same time, diorang yang tinggalkan tugas2 untuk ahli2 game show nih. selalunya tugas yang ditinggalkan related dengan aktiviti dalam kampung diorang macam berkebun, menternak haiwan, macam2 lagi la... selain tu ahli2 game show jugak perlu main game yang disediakan untuk menentukan siapa yang akan keluar bekerja pada waktu subuh keesokaan harinya dan siapa yang akan buat breakfast. part yang agak istimewa bila cooking time!! macam2 kerenah yang memang kelakar gila!! @_@



ini selalunya time diorang membahagikan tugas on 2nd day... sambil2 tu diorang akan merepek2... hahaha....

sesi makan bersama selepas memasak.

salah satu tugas yang perlu dilakukan. *_*

salah satu game untuk menetukan kemenangan kumpulan. 

Kalo korang x percaya la kan, game show nih best ke x... selama dua tahun berturut2 game show nih dapat SBS Entertainment Awards dalam pelbagai kategori. so memang show nih boleh dikatakan best woookkkk!!!


ini salah satu bukti ok!!! 



Malangnya kalo korang nak tao. Family Comes Here Season 1 telah pon berakhir last week dengan satu episod khas iaitu Family Award. Insyaallah kalo ade free time akan ade post mengenai Family Award ini ok.



adegan sedih di episod terakhir sobssss....

Maka, minggu ini telah pon bermula Season 2 pulak, tapi ahli2nya semua telah bertukar. bukan bergabung yang macam stacy 2 k.. hehehe... so far Season 2 belom dapat menarik perhatianku lagi... means aura belom sampai la kot kan... hahaha... xpe2 akan ku cuba menonton kalo boleh... =)



p/s: aksi cerita yang agak skema dan kadang2 macam tergedikkksss la... maaf ye =)



No comments:

Post a Comment