Sunday, August 5, 2012

Tips - Save Bajet ke USS

Hye peeps ^^,

Today let me share info yang mungkin menarik minat orang ramai... mungkin la kan... well ramai yang teringin nak pergi USS... tapi bila fikir $68 per head untuk non-peak season and $74 per head untuk peak season.. tu belum convert ke Ringgit Malaysia kan... ramai yang terpaksa memendam niat untuk ke USS tu... sedih tu sudah semestinya kan... tu belum fikir pasal hotel bagai lagi kan... huhu

But now you guys dah tak payah risau... dan boleh tersenyum lebar.. maybe info yang saya akan share boleh buat korang tersenyum riang.... hehe ^^, sebab apa? sebab info-info yang saya share nih insyaallah boleh save bajet korang senang cerita bajet murah ke USS.


1. Tiket USS
Kalau korang nak tahu sekarang dah ada ramai agen yang jual tiket USS nih tao.. yang bagusnya pasal diorang nih adalah diorang jual tiket dengan harga lebih murah dari korang beli kat kaunter USS tu... ok anda dah boleh senyum sampai ke telinga ye... ^^, macam saya and the geng pergi hari tu, cik fatin telah berjaya cari seorang agen yang berwibawa... hehehe... yeah berwibawa dari segi harga... beliau adalah Kak Ros... Price dikira murah RM145 untuk non-peak season dan RM155 untuk peak season bagi dewasa. So anda dah boleh save lebih kurang RM20 untuk tiket. Jimat kan?!... bila korang dah beli secara online, Kak Ros akan emel tiket USS tu dalam format pdf. Then just print out dan korang dah boleh serbu USS =D Senang kan? So sesiapa yang berminat boleh la melawat facebook beliau, klik SINI.

nih contoh tiket dalam format pdf. credits to mudah.my =)



2. Hotel
As for me, kalau setakat nak ke USS or even Singapore pon, cara nak save bajet adalah tidur di JB. Hasil dari carian saya dengan bantuan Mr.Google, Tune Hotel menjadi pilihan hati. Nak tahu kenapa? sebab dia sangat berbaloi-baloi!! hehe... Dengan konsep "5-STAR SLEEPING EXPERIENCE AT A 1-STAR PRICE", korang boleh menginap hotel yang bertaraf ala-ala five stars tapi just pay for one star hotel price. Nak tahu camna boleh jadi camtu pulak. Sebabnya hehe korang hanya perlu bayar apa yang korang guna. Basically hotel nih akan provide bilik dengan kipas. That means kalau korang nak tidur dalam air-cond ada extra charges la ye... same goes with WiFi service dan lain-lain lagi. You want you pay! Begitulah.... Nak tahu lebih lanjut sila tonton video di bawah ^^,



 
 
 
 
Kalau korang nak tahu lagi.. kalau korang bernasib baik macam kitorang hari tu.. korang boleh stay kat hotel nih dengan harga yang murah.. kitorang hanya perlu bayar RM90 untuk 2 malam... murah kan? Kalau korang lebih bernasib baik dari kitorang... korang berpeluang untuk bermalam kat hotel nih dengan harga serendah RM 0... well konsep diorang sama dengan AirAsia sebab mereka memang 'adik-beradik'... Warna pon merah... tak gitu?? haha ^^, So korang selalu-selalulah online web Tune Hotel untuk tengok current promo k ^^, ooohhh one more thing Tune Hotel JB nih jugak provide bas untuk pergi balik ke USS. Sungguh memudahkan dan tiket bas untuk pergi balik adalah RM 23 yang beli secara online dan RM 25 untuk walk-in buyer.


Hopefully entry kali nih dapat bagi info untuk sesiapa yang berhajat untuk ke USS dengan bajet yang rendah. Happy Travelling!! ^^,





2 comments: