Monday, July 30, 2012

Mari Berjimba - Nasi Ayam Pak Mal The Legend

Salam Ramadhan ^^,


Walaupun bulan puasa, but still nak cerita pasal makan-makan jugak... Oppsss tapi bukan makan time bulan puasa okeh... ^^,

Well, siapa yang tinggal atau bekerja di area Shah Alam mesti tahu pasal the best nasi ayam kat Shah Alam nih. Siapa tak kenal dengan Nasi Ayam Pak Mal. Kenapa saya cakap 'The Legend'? Actually 'The Legend' tu saya yang tambah sendiri disebabkan Nasi Ayam Pak Mal nih dikatakan telah wujud sejak lebih 30 tahun yang lalu.. itu apa yang saya dengar laa.. Hebat bukan... ^^,


 


Ok sila jamu mata anda di bulan puasa.. Lepas raya sila serang... hehe ^^, Apa yang menariknya nasi ayam nih adalah pada sos atau sambal nasi ayam tu... Kalau rasa-rasa masa makan sambal tak cukup time makan, don't worrysila jangan malu-malu untuk tambah sambal sebab diorang dah letak bekas sambal atas setiap meja. Silalah tambah sepuas-puasnya. ^^, Kalau atas meja korang takda jangan malu pulak nak mintak kat meja sebelah ye ^^,





For me yang agak selalu pergi makan.. hehe, air jagung adalah kewajipan. Air jagung dekat Pak Mal nih dikira the best. Isi jagung banyak gila!! ^^, Kalau rasa nak sedap lagi sila order air jagung suam. Orang jarang buat tapi saya buat!! hehe.. Seeeddaaappp!!! ^^,




Okeh ini yang saya order seperti selalu. Kalau korang nak tahu camna sambutan hangat kat gerai Pak Mal nih. Sila lihat gamba di bawah... hehehe... ^^,


 


Ramai kan? Kalau hari bekerja lagi la kan... ohhh lupa plak nak bagitahu kat mana gerai nasi ayam Pak Mal nih kan... hehe... Actually korang ada dua options. Camna tu? Actually Pak Mal ada dua kedai. First, dekat Seksyen 11. In specific dekat medan selera dekat kat Caltex. Second adalah restoran Nasi Ayam Pak Mal yang terletak di Seksyen 10 a.k.a cawangan kedua mereka. Kalau tak jumpa sila tanya orang!! hehe confirm diorang tahu,, ^^,



 


Ok let's talk pasal price pulak.. tak mahal dan pasti kenyang! harga sepinggan nasi ayam hanya RM 4.50. Untuk pengetahuan korang, kalau korang tak nak makan nasi ayam korang pon boleh order makanan lain. Bukan nasi ayam je ada kat sini. hehe ^^, korang boleh order Soto, Bihun Sup, Mi Sup, Sate dan macam-macam lagi. Variety kan.. ^^, So apa lagi sila serang dan selamat menjamu selera!! (tapi jangan pergi time siang bulan puasa pulak ye ^^, )

2 comments:

  1. rindunya nasi ayam pak mal!!! bln puase ni mmg terliur tgk,dh terasa nasi ayam dlm tekak..perut pun dah berdondang syg..oppsss :D

    ReplyDelete