Hey peeps ^^,
Tengok title mesti korang dah rasa BOHSAN kan? Ada lagi? Bila nak habis? Dont worry guys, this is the last part.. No more after this.. hehehe ^^,
Well the last day in JB was exciting.. No more in USS sebab third day hanya hari untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Apa yang kitorang buat last day hanyalah menghabiskan sisa-sisa masa kami dengan menikmati makanan-makanan menarik di JB. Nak tahu apa? Jap lagi akan dicerita... hehehe ^^,
After kemas-kemas barang then kitorang check out agak awal dari hotel sebab Mira janji nak bawak pergi breakfast sedap katanya. Makanya Mira picked up kami di hotel dan menuju ke destinasi iaitu MEDAN SELERA MARA LARKIN. Tak tahu kat mana? Landmarknya senang sahaja iaitu Stesen Bas Larkin. Memang betol-betol dekat dengan stesen bas tu. So jangan takut mesti jumpa la... ^^,
Apa yang special yang ada kat medan selera nih? Medan selera je pon kan? Kalau itu andaian korang ternyata itu adalah KESILAPAN! hahaha....
Tadaaaa!!!
Yeahhh its' coming!!! hahahaha... ok ini adalah mee rebus. Kalau datang ke medan selera nih jangan lupa singgah ke kedai Mee Rebus Stulang.. Kalau tak silap itulah namanya. Kalau nak udang banyak-banyak macam dalam gambar kat atas sila order Mee Rebus Special. Harga untuk yang special RM 4.50 sahaja.
Next!!
Haaa inilah yang paling special sekali. Kat KL kalau ada memang satu keajaiban. huhu... They named it as Kacang Pool. Namanya pon menarik bukan. Kenapa pool? Sorry tak sempat nak tanya. Camna nak makan? Apa yang diajar oleh Mira ialah mula-mula mix semua yang ade dalam mangkuk tu cam kat atas tu... termasuklah telur tu sekali ye tuan-tuan. Then cicah dengan roti tu. DONE! hehe... Kacau dengan telur? YE! SILA KACAU DENGAN TELUR SEKALI. Kalau nak hilang kenikmatan!! hahaha... Harga kalau tak silap RM3.50 satu set. Kenyang wo0.... ^^,
So siapa-siapa nak rancang ke JB lokasi ini perlu ada dalam list anda ye. Rugi kalau tak pergi. ^^,
Ooh lupa plak, before this in previous entry ada mention pasal chicken chop yang murah dan kuantiti yang banyak per plate kan. Well after searching finally I got the info. Sorry pic sendiri takde sebab masa pergi tu kitorang makan kat luar dan agak gelap sikit meja yang kitorang duduk sebab orang ramai sangat malam tu.. takpe asalkan kitorang dah dapat makan kan.
Ooh lupa plak, before this in previous entry ada mention pasal chicken chop yang murah dan kuantiti yang banyak per plate kan. Well after searching finally I got the info. Sorry pic sendiri takde sebab masa pergi tu kitorang makan kat luar dan agak gelap sikit meja yang kitorang duduk sebab orang ramai sangat malam tu.. takpe asalkan kitorang dah dapat makan kan.
tengok gambar pon dah tahu kan betapa berbaloinya chicken chop yang berharga RM5 per plate. So lokasinya terletak di Bandar Baru Uda.
Wah entry kali nih kerja promote makan je kan. ^^, Selamat mencuba! hehehe
Mari Berjimba - JB & USS - Day 1
Mari Berjimba - JB & USS - Day 2
Wah entry kali nih kerja promote makan je kan. ^^, Selamat mencuba! hehehe
Mari Berjimba - JB & USS - Day 1
Mari Berjimba - JB & USS - Day 2
No comments:
Post a Comment