Wednesday, June 27, 2012

Mari Berjimba - JB & USS - Day 2

Here we go =)


Hye  ^^,

Second day in JB and USS... Actually hari yang memenatkan but really enjoyed!! apa yang memenatkan?? Memandangkan kitorang tak dapat seat untuk bas ke USS dari Tune Hotel tu, so kitorg kena naik bas dari Terminal Bas Kotaraya 2... Nasib lah ada Mira kan kalau tak confirm lost!! Thanks again Mira =) So around 8.30 pagi kitorang dah gerak dari hotel ke terminal bas. Tak sia-sia lah jugak kan kitorang pergi JB naik kereta kalau tak confirm lagi satu masalah. Mungkin ada hikmah jugak bila kitroang tak dapat seat tu. FYI, kalau naek bas dari Terminal Kotaraya tu pon ada bas direct ke USS jugak. So, please dont worry. Apa yang lagi best adalah tiket bas tu lagi murah compare to yang kat hotel tu kan. cuma RM5 pergi dan $5 balik compare to RM25 kalau kat hotel tu. Alhamdulillah jimat!! =) Pasal bas tu plak korang tak payah risau sebab bas sentiasa ada setiap sejam kalau tak silap. So korang bley la plan awal-awal untuk trip korang tu ^^,


recharge energy =D















Walaupun tak dapat pusing-pusing satu Singapore, but still dapat tengok environment diorang sepanjang perjalanan nak ke USS. Tak sia-sia la kan naik bas dapat tengok pemandangan negara orang tambah-tambah lagi negara yang sangat bersih. 

Oh lupa nak cerita pasal imigresion. Yes ini adalah pekara yang memenatkan. Sebab korang kena ada feeling like Running Man kejap. Yep itulah perkara yang korang kena lalui kalau naik bas. First korang kena lari. Sebab korang nak kejar bas. Kalau tak kena tinggal dan korang kena tunggu next bas. But dont worry korang still guna tiket yang sama untuk naik the next bas. So make sure tiket jangan buang selagi tak sampai ke USS. Sama jugak kalau nak pulang ke Malaysia. wahhhh cam la pergi jauh sangat kan... HAHAHA.... Lagi memenatkan sebab lagi sekali korang kena buat benda yang sama bila sampai imigresion Singapore iaitu di Woodlands. Silalah lari sepuas-puas hati korang ye. =)


Dah nak sampai =D


Bas selalunya akan parking di basement Resort World. So naik escalator korang akan nampak landmark USS iaitu globe besar tu. YEAYY!! akhirnya sampai juga ke tempat diimpikan... HUAHUA... wajib posing banyak-banyak kali okeh ^^, Here we go!! enjoy the pictures =)





















Hopefully pictures kat atas bley buat korang berkobar-kobar nak pergi kan.. hehehe... Well, apa yang saya boleh suggest adalah anda wajib naek semua rides kalau sempat. tapi yang paling awesome bagi saya adalah Transformers Ride. Beraturlah selagi boleh beratur sebab rugi kalau tak naik rides with 4D nih =D 

cukuplah kot enrty pasal USS kan.. next entry will be last entry about JB and USS trip. Tapi kalau nak tahu macam mana kitorang plan bajet murah ke USS dan nak dapatkan tiket murah... sila tunggu next entry yaw!!




Tuesday, May 29, 2012

Mari Berjimba - JB & USS - Day 1

^^,

Alhamdulillah... dengan rezeki dan izinNya.. akhirnya jejak juga saya ke Singapura. wah macam la jauh sangat Singapura dengan Malaysia kan... Tapi terimalah hakikat memang jauh okeh... dari KL ke JB pon dah lima jam tau... siapa yang stay JB memang la dah dekat kan... btw saya tak pusing-pusing Singapore pon... cuma masuk sana of course la ke Universal Studio Singapore (USS) kan... well tu la tempat yang diperkatakan sekarang... tambah-tambah lagi kat Malaysia... Siapa yang dah bosan ke Genting Highlands boleh la berubah angin ke sana pulak kan... tapi saya bukan lah sebab dan bosan dengan Genting kan... well seems i like travel right now... ewah ^^,

Perjalanan kami bermula pada hari Ahad, 22 April 2012... ok tarikh keramat yang dinanti-nantikan sangat tu sampai dalam kuliah pon dok menghitung hari okeh... hehehe... kiranya time kitorang pergi tu adalah mid semester break uni kitorang la... dah petang kami sampai JB but before that kami singgah di JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO).


Johor Premium Outlets (JPO)

Well JPO nih tempat apa? senang cerita JPO tempat shopping... of course wanita sangat gemar tempat ini... yang menghalang para wanita untuk kegiatan ini adalah disebabkan wang... begitu juga kami... hehe... hanya cuci mata... at least bila orang tanya and talk about it so kitorang dah tahu kan... lagipun tempat nih memang bukan la main place yang kitorang nak pergi kan... tambah pulak barangan yang jual kat sini dikira barangan branded ye kawan-kawan... 


 








senang cerita siapa yang GILA BRAND anda memang lah digalakkan datang ke sini... GUESS, ADIDAS everything ada ok.. just sedia duit sahaja! hahaha... yang pasti kalau dia buat sale or clearance stock memang berbaloi...


model utama, fatin... tahan nafsu okeh!!

ok after pusing-pusing cuci mata sahaja... around 6.30pm tu kitorang dah gerak ke bandar JB sebab nak check in hotel and kitorang dah janji nak pergi dinner dengan member kitorang a.k.a tour guide jugak la.. sebab dia dah janji nak bawak kitorang makan chicken chop murah... well pasal chicken chop murah will be entry yang lain ok ^^,

back to topic about hotel... kitorang decide untuk stay kat Tune Hotel... one of the reason of course la murah kan... and the other reason adalah kat hotel nih ade provide bas sekali untuk ke USS. so kitorang dah booking sekali tiket bas return untuk ke USS through online. Malangnya bila dah check in kitorang pergi check seat tu brother tu cakap seat untuk esoknya dah full... OH MY!! nasiblah tour guide kami ada... Mira orang JB and dia last minit decide nak follow pergi USS... so kitorang amik balik duit and brother tu bagitahu kat mana kena naik bas... Mira lah heroin kitorang on that day... Thanks MIRA!!

Malam ktorang dinner kat satu kedai chicken chop nih,, memang murah gila and kuantiti yang sangat banyak... malangnya lupa nak snap pic sebab kitorang dapat meja yang gelap... lapar just pikir nak makan je... kalau siapa-siapa nak pergi JB silalah cari chicken chop ini... kenyang dah jimat juga =)


then after dinner, Mira bawak round melawat kawasan... disebabkan dah malam and tak tahu nak ke mana... at last decide lepak di Danga Bay sahaja... lagipun sangat lah dekat dengan Tune Hotel tu...


 










Tamatlah sudah pengembaraan kami di hari pertama... terjahan USS di hari kedua will be next entry... stay tuned ^^,






BTS: Wed Qila & Rizal ( DIY Guestbook)

Hello ^^,

Since dah lama tak update kan... so dah ada mood nih better update cepat-cepat... ayuh mood kita belayar!! ^^,

Ingat tak entry pasal wedding cousin kesayangan tu... tak ingat? takpe anda masih berpeluang menjenguk di sini... ngehee ^^, 

ok now nak cerita sedikit di sebalik pembikinan guestbook tu... well sekarang kan tengah popular benda alah nih... so pergi la wedding mana-mana sekarang nih mesti ada benda-benda la macam kat bawah nih....


guestbook table



kalau nak gempak sikit... tulis ucapan pastu gantung kat pokok... hehe


kalau nak gempak lagi cam yang kat atas nih kan.... hahaha


ok pic kat atas nih semua ikhlas dari Mr.Google... harap ikhlas la ye.... ^^, well korang dah nampak la kan fenomena cam kat atas tu kan... tambah-tambah lagi kalau kat area Klang Valley cam dah normal kan... tapi cetain places kat negara kita nih trend tu baru nak sampai... bukan la nak kutuk ok well benda tu normal... kalau bab-bab benda alah cam nih KL la dapat dulu kan... sekali lagi bukan kutuk hokey... peace yo0 =)


so as well as time my cousin wed tu,, kami masing-masing mencurahkan idea untuk bagi interesting sikit wed tu... actually just for fun la kan... so saya try bagi idea apa yang 'KL' tengah buat untuk wed and implement kat negeri Perlis indah lagi mempersona nih haaaa... *wah macam aku pulak bawak fenomena nih kan* hehe ^^, ohh forgot siapa yang tak tahu kampung halaman saya di Perlis ok... hehehe actually kat sana dikira baru la jugak and tak ramai lagi yang buat cam nih... actually at first my cousin cam tak berapa paham apa yang saya nak buat... but then her friend bagitahu dia pergi makan kenduri then ada benda alah nih... so my cousin pon nak buat la jugak akhirnya....



ihsan MMS dari sepupuku... hehe


Maka inilah hasilnya dari air tangan gotog-royong saya dan sepupu semua... actually lupa nak amik gambar after siap semua sebab kelam kabut buat last minit kan... well tidaklah secantik printd guestbook kan... tapi ok la.... ^^,

well nak bagitahu yang hitam tu saya guna mounting board... depan and belakang pastu pandai-pandai reshape board tu.... nak beli kat mana? saya hanya beli di Mydin sahaja... Kenapa bayar lebih? hehehe....

yang words and pokok love-love tu pkai kertas biasa ye adik-adik... words are printed... haa nampak kan pearl tiga empat ketul kat pokok tu kan... tu ihsan mak sedara saya... well cikgu tadika banyak benda-benda kraf yang camtu... harga saya tak sure sebab katanya dia beli dalam kuantiti yang banyak... 

ohhh lupa di dalam pula bagaimana ye? Jeng.. jeng... jeng....



 



ok inilah bahagian dalam... simple!! yang ruang kosong tu untuk tandatangan and wishes dari tetamu... yang hiasan kat bawah-bawah tu hasil gunting-gunting and printd... so kitorang buat dalam 10 pages untuk yang dalam nih... enough kot sebab mostly yang tandatangan nih kawan-kawan rapat pengantin... ohh lupa pulak camna nak compile kan... saya hanya punch dan pakai ring... ring untuk kertas tu ada jual kat kedai alat tulis ok... =)




before edited oleh pakar ^^,

and one more thing... pasal guestbook table... tak kan nak letak atas jalan kan... since my cousin tak amik baju flower girl yang include dalam pakej wed dia tu... so dia decide nak tukar dengan meja guestbook nih... so inilah meja yang disediakan oleh butik pengantin tu.. to me it's nice ^^,


inilah dia... =)





p/s: kalau nak save bajet tirulah cara saya =)