Here we go =) |
Hye ^^,
Second day in JB and USS... Actually hari yang memenatkan but really enjoyed!! apa yang memenatkan?? Memandangkan kitorang tak dapat seat untuk bas ke USS dari Tune Hotel tu, so kitorg kena naik bas dari Terminal Bas Kotaraya 2... Nasib lah ada Mira kan kalau tak confirm lost!! Thanks again Mira =) So around 8.30 pagi kitorang dah gerak dari hotel ke terminal bas. Tak sia-sia lah jugak kan kitorang pergi JB naik kereta kalau tak confirm lagi satu masalah. Mungkin ada hikmah jugak bila kitroang tak dapat seat tu. FYI, kalau naek bas dari Terminal Kotaraya tu pon ada bas direct ke USS jugak. So, please dont worry. Apa yang lagi best adalah tiket bas tu lagi murah compare to yang kat hotel tu kan. cuma RM5 pergi dan $5 balik compare to RM25 kalau kat hotel tu. Alhamdulillah jimat!! =) Pasal bas tu plak korang tak payah risau sebab bas sentiasa ada setiap sejam kalau tak silap. So korang bley la plan awal-awal untuk trip korang tu ^^,
recharge energy =D |
Walaupun tak dapat pusing-pusing satu Singapore, but still dapat tengok environment diorang sepanjang perjalanan nak ke USS. Tak sia-sia la kan naik bas dapat tengok pemandangan negara orang tambah-tambah lagi negara yang sangat bersih.
Oh lupa nak cerita pasal imigresion. Yes ini adalah pekara yang memenatkan. Sebab korang kena ada feeling like Running Man kejap. Yep itulah perkara yang korang kena lalui kalau naik bas. First korang kena lari. Sebab korang nak kejar bas. Kalau tak kena tinggal dan korang kena tunggu next bas. But dont worry korang still guna tiket yang sama untuk naik the next bas. So make sure tiket jangan buang selagi tak sampai ke USS. Sama jugak kalau nak pulang ke Malaysia. wahhhh cam la pergi jauh sangat kan... HAHAHA.... Lagi memenatkan sebab lagi sekali korang kena buat benda yang sama bila sampai imigresion Singapore iaitu di Woodlands. Silalah lari sepuas-puas hati korang ye. =)
Dah nak sampai =D |
Bas selalunya akan parking di basement Resort World. So naik escalator korang akan nampak landmark USS iaitu globe besar tu. YEAYY!! akhirnya sampai juga ke tempat diimpikan... HUAHUA... wajib posing banyak-banyak kali okeh ^^, Here we go!! enjoy the pictures =)
Hopefully pictures kat atas bley buat korang berkobar-kobar nak pergi kan.. hehehe... Well, apa yang saya boleh suggest adalah anda wajib naek semua rides kalau sempat. tapi yang paling awesome bagi saya adalah Transformers Ride. Beraturlah selagi boleh beratur sebab rugi kalau tak naik rides with 4D nih =D
cukuplah kot enrty pasal USS kan.. next entry will be last entry about JB and USS trip. Tapi kalau nak tahu macam mana kitorang plan bajet murah ke USS dan nak dapatkan tiket murah... sila tunggu next entry yaw!!