Monday, July 16, 2012

Mari Berjimba - JB & USS - Day 3

Hey peeps ^^,

Tengok title mesti korang dah rasa BOHSAN kan? Ada lagi? Bila nak habis? Dont worry guys, this is the last part.. No more after this.. hehehe ^^,

Well the last day in JB was exciting.. No more in USS sebab third day hanya hari untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Apa yang kitorang buat last day hanyalah menghabiskan sisa-sisa masa kami dengan menikmati makanan-makanan menarik di JB. Nak tahu apa? Jap lagi akan dicerita... hehehe ^^,

After kemas-kemas barang then kitorang check out agak awal dari hotel sebab Mira janji nak bawak pergi breakfast sedap katanya. Makanya Mira picked up kami di hotel dan menuju ke destinasi iaitu MEDAN SELERA MARA LARKIN. Tak tahu kat mana? Landmarknya senang sahaja iaitu Stesen Bas Larkin. Memang betol-betol dekat dengan stesen bas tu. So jangan takut mesti jumpa la... ^^,


Apa yang special yang ada kat medan selera nih? Medan selera je pon kan? Kalau itu andaian korang ternyata itu adalah KESILAPAN! hahaha....


Tadaaaa!!!




Yeahhh its' coming!!! hahahaha... ok ini adalah mee rebus. Kalau datang ke medan selera nih jangan lupa singgah ke kedai Mee Rebus Stulang.. Kalau tak silap itulah namanya. Kalau nak udang banyak-banyak macam dalam gambar kat atas sila order Mee Rebus Special. Harga untuk yang special RM 4.50 sahaja. 


Next!!




Haaa inilah yang paling special sekali. Kat KL kalau ada memang satu keajaiban. huhu... They named it as Kacang Pool. Namanya pon menarik bukan. Kenapa pool? Sorry tak sempat nak tanya. Camna nak makan? Apa yang diajar oleh Mira ialah mula-mula mix semua yang ade dalam mangkuk tu cam kat atas tu... termasuklah telur tu sekali ye tuan-tuan. Then cicah dengan roti tu. DONE! hehe... Kacau dengan telur? YE! SILA KACAU DENGAN TELUR SEKALI. Kalau nak hilang kenikmatan!! hahaha... Harga kalau tak silap RM3.50 satu set. Kenyang wo0.... ^^,

So siapa-siapa nak rancang ke JB lokasi ini perlu ada dalam list anda ye. Rugi kalau tak pergi. ^^,

Ooh lupa plak, before this in previous entry ada mention pasal chicken chop yang murah dan kuantiti yang banyak per plate kan. Well after searching finally I got the info. Sorry pic sendiri takde sebab masa pergi tu kitorang makan kat luar dan agak gelap sikit meja yang kitorang duduk sebab orang ramai sangat malam tu.. takpe asalkan kitorang dah dapat makan kan.





tengok gambar pon dah tahu kan betapa berbaloinya chicken chop yang berharga RM5 per plate. So lokasinya terletak di Bandar Baru Uda.

Wah entry kali nih kerja promote makan je kan. ^^, Selamat mencuba! hehehe






Mari Berjimba - JB & USS - Day 1
Mari Berjimba - JB & USS - Day 2


Wednesday, June 27, 2012

Mari Berjimba - JB & USS - Day 2

Here we go =)


Hye  ^^,

Second day in JB and USS... Actually hari yang memenatkan but really enjoyed!! apa yang memenatkan?? Memandangkan kitorang tak dapat seat untuk bas ke USS dari Tune Hotel tu, so kitorg kena naik bas dari Terminal Bas Kotaraya 2... Nasib lah ada Mira kan kalau tak confirm lost!! Thanks again Mira =) So around 8.30 pagi kitorang dah gerak dari hotel ke terminal bas. Tak sia-sia lah jugak kan kitorang pergi JB naik kereta kalau tak confirm lagi satu masalah. Mungkin ada hikmah jugak bila kitroang tak dapat seat tu. FYI, kalau naek bas dari Terminal Kotaraya tu pon ada bas direct ke USS jugak. So, please dont worry. Apa yang lagi best adalah tiket bas tu lagi murah compare to yang kat hotel tu kan. cuma RM5 pergi dan $5 balik compare to RM25 kalau kat hotel tu. Alhamdulillah jimat!! =) Pasal bas tu plak korang tak payah risau sebab bas sentiasa ada setiap sejam kalau tak silap. So korang bley la plan awal-awal untuk trip korang tu ^^,


recharge energy =D















Walaupun tak dapat pusing-pusing satu Singapore, but still dapat tengok environment diorang sepanjang perjalanan nak ke USS. Tak sia-sia la kan naik bas dapat tengok pemandangan negara orang tambah-tambah lagi negara yang sangat bersih. 

Oh lupa nak cerita pasal imigresion. Yes ini adalah pekara yang memenatkan. Sebab korang kena ada feeling like Running Man kejap. Yep itulah perkara yang korang kena lalui kalau naik bas. First korang kena lari. Sebab korang nak kejar bas. Kalau tak kena tinggal dan korang kena tunggu next bas. But dont worry korang still guna tiket yang sama untuk naik the next bas. So make sure tiket jangan buang selagi tak sampai ke USS. Sama jugak kalau nak pulang ke Malaysia. wahhhh cam la pergi jauh sangat kan... HAHAHA.... Lagi memenatkan sebab lagi sekali korang kena buat benda yang sama bila sampai imigresion Singapore iaitu di Woodlands. Silalah lari sepuas-puas hati korang ye. =)


Dah nak sampai =D


Bas selalunya akan parking di basement Resort World. So naik escalator korang akan nampak landmark USS iaitu globe besar tu. YEAYY!! akhirnya sampai juga ke tempat diimpikan... HUAHUA... wajib posing banyak-banyak kali okeh ^^, Here we go!! enjoy the pictures =)





















Hopefully pictures kat atas bley buat korang berkobar-kobar nak pergi kan.. hehehe... Well, apa yang saya boleh suggest adalah anda wajib naek semua rides kalau sempat. tapi yang paling awesome bagi saya adalah Transformers Ride. Beraturlah selagi boleh beratur sebab rugi kalau tak naik rides with 4D nih =D 

cukuplah kot enrty pasal USS kan.. next entry will be last entry about JB and USS trip. Tapi kalau nak tahu macam mana kitorang plan bajet murah ke USS dan nak dapatkan tiket murah... sila tunggu next entry yaw!!




Tuesday, May 29, 2012

Mari Berjimba - JB & USS - Day 1

^^,

Alhamdulillah... dengan rezeki dan izinNya.. akhirnya jejak juga saya ke Singapura. wah macam la jauh sangat Singapura dengan Malaysia kan... Tapi terimalah hakikat memang jauh okeh... dari KL ke JB pon dah lima jam tau... siapa yang stay JB memang la dah dekat kan... btw saya tak pusing-pusing Singapore pon... cuma masuk sana of course la ke Universal Studio Singapore (USS) kan... well tu la tempat yang diperkatakan sekarang... tambah-tambah lagi kat Malaysia... Siapa yang dah bosan ke Genting Highlands boleh la berubah angin ke sana pulak kan... tapi saya bukan lah sebab dan bosan dengan Genting kan... well seems i like travel right now... ewah ^^,

Perjalanan kami bermula pada hari Ahad, 22 April 2012... ok tarikh keramat yang dinanti-nantikan sangat tu sampai dalam kuliah pon dok menghitung hari okeh... hehehe... kiranya time kitorang pergi tu adalah mid semester break uni kitorang la... dah petang kami sampai JB but before that kami singgah di JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO).


Johor Premium Outlets (JPO)

Well JPO nih tempat apa? senang cerita JPO tempat shopping... of course wanita sangat gemar tempat ini... yang menghalang para wanita untuk kegiatan ini adalah disebabkan wang... begitu juga kami... hehe... hanya cuci mata... at least bila orang tanya and talk about it so kitorang dah tahu kan... lagipun tempat nih memang bukan la main place yang kitorang nak pergi kan... tambah pulak barangan yang jual kat sini dikira barangan branded ye kawan-kawan... 


 








senang cerita siapa yang GILA BRAND anda memang lah digalakkan datang ke sini... GUESS, ADIDAS everything ada ok.. just sedia duit sahaja! hahaha... yang pasti kalau dia buat sale or clearance stock memang berbaloi...


model utama, fatin... tahan nafsu okeh!!

ok after pusing-pusing cuci mata sahaja... around 6.30pm tu kitorang dah gerak ke bandar JB sebab nak check in hotel and kitorang dah janji nak pergi dinner dengan member kitorang a.k.a tour guide jugak la.. sebab dia dah janji nak bawak kitorang makan chicken chop murah... well pasal chicken chop murah will be entry yang lain ok ^^,

back to topic about hotel... kitorang decide untuk stay kat Tune Hotel... one of the reason of course la murah kan... and the other reason adalah kat hotel nih ade provide bas sekali untuk ke USS. so kitorang dah booking sekali tiket bas return untuk ke USS through online. Malangnya bila dah check in kitorang pergi check seat tu brother tu cakap seat untuk esoknya dah full... OH MY!! nasiblah tour guide kami ada... Mira orang JB and dia last minit decide nak follow pergi USS... so kitorang amik balik duit and brother tu bagitahu kat mana kena naik bas... Mira lah heroin kitorang on that day... Thanks MIRA!!

Malam ktorang dinner kat satu kedai chicken chop nih,, memang murah gila and kuantiti yang sangat banyak... malangnya lupa nak snap pic sebab kitorang dapat meja yang gelap... lapar just pikir nak makan je... kalau siapa-siapa nak pergi JB silalah cari chicken chop ini... kenyang dah jimat juga =)


then after dinner, Mira bawak round melawat kawasan... disebabkan dah malam and tak tahu nak ke mana... at last decide lepak di Danga Bay sahaja... lagipun sangat lah dekat dengan Tune Hotel tu...


 










Tamatlah sudah pengembaraan kami di hari pertama... terjahan USS di hari kedua will be next entry... stay tuned ^^,